15.3.11

:Kerjaku:

“Bos, ada apa-apa update tak?”
“Ha, itu lah saya nak cerita ni. Semalam saya jumpa captain dalam pukul 8 malam”

Captain yang dimaksudkan bukanlah seorang ahli tentera udara mahupun darat apatah lagi tentera laut. Beliau bukan juga seorang ahli bomba atau ahli Kadet Remaja Sekolah. Jika difikirkan, tidak mungkin beliau mendapat gelaran ini dari Pusat Latihan Khidmat Negara oleh kerana usia beliau yang agak matang.

Kembali pada kisah di atas.
Atas sangat tu.. bawah sikit.. sikit lagi..
Ha.. OK.. yang tu!

Ramai orang pakai OK dalam perbualan. Yes, perkataan ni memang wujud. Ejaan sebenarnya adalah Okay tetapi OK atau O.K. juga boleh diterima pakai. In English, okay also can be use as a noun and verb. Contohnya: The boss okayed the purchase. Chewah!

Bos sambung cerita

“Captain tu tanya la saya nak makan apa?”
“Bos jawab la, saya nak makan malam!”
“Hahahahahah” sambil tepuk meja aku ketawa….. seorang diri. Malu.
“So, bos jawab apa?” kembali serius menjaga kemaluan sendiri
“Memandangkan saya jumpa dia pukul 8, saya pun jawab la saya nak makan malam” sambil senyum sinis

Evil sungguh senyum itu. Terasa kecil diri ini. Aku tengok bos pun kecik besar kecik besar jer masa tu.

“Captain cakap dia tak lapar sangat so dia nak order ala carte je”
“Rugi la macam tu, bos meeting tu kat hotel kan?”
“A’ah. Saya pun fikir macam tu. So saya cakap lah saya nak makan buffet sebab mesti dia yang bayar nanti”
“Saya pun bangun la ambil makanan. Penuh jugak la pinggan tu. Nasi berlauk dengan satay”
“Captain tu order apa?!” melayan perasaan ingin tahu cerita bos aku
“Mula-mula tu saya tak tau sebab dia order masa saya pergi ambil nasi”
“Owh” aku sampuk ringkas
“Dah la satay tu sejuk. Keras pulak. Sabar jer la”
Masa ni aku dah senyum dalam hati. Lebar jugak la.

“Eh! Ok la. Saya ada meeting ni, kalau ada apa-apa text je k”

Bos pun berlalu pergi. Sampai sudah aku tak dapat updated news tentang kerja aku. Sabar je la.

Bos aku ranggi

No comments: