Hari pertama masuk tadika. Selepas selesai sesi menangis seperti terkeluar dari Akademi Fantasia. Kami pun semua masuk ke kelas seperti diarah. Keadaan agak sunyi. Ramai yang masih lagi teresak-esak menahan tangisan kerana ditinggalkan ibu bapa yang diarahkan untuk ke kantin secara berkumpulan.
Di luar kelas, kedengaran bunyi air menitik di atas atap zink. Tik.. tok.. tik.. tok... hujan dah turun.. Semua saling berpandangan. Tik.. tok.. tik.. tok.. hujan dah turun.. pada waktu ini, 90% pelajar berlari menuju ke kantin sambil menjerit
“Mari kita ambil payung!!!”
Sambil berlari menuju ke kantin.
….
“Assalamualaikum Semua”
“.......”
Cikgu bertuah ini hairan. Tiada seorang pun anak muridnya menjawab salam yang diberikan. Lalu dia pun bertanya.
“Kenapa awak semua tak jawab salam saya?”
Murid 1: Saya tak faham bahasa Arab cikgu!
Murid 2: Saya orang Cina lah cikgu!
“Awak pula Amad, apa alasan kamu?”
Murid 17: Dia selesema cikgu!
Cikgu aku ini agak lawa (Ingat! Ini hanyalah pandangan seorang budak tadika) tapi aku tak ingat nama dia. Mungking Kamariah atau Zaleha..
Cikgu Kamsiah pun memulakan sesi pembelajaran.
“Siapa sudah tau ABC?” ramai angkat tangan. Aku terkejut.
“Siapa sudah tau mengira?”
“Uih! Dah soalan kedua?! Yang pertama pun aku tak jawab lagi. Biar betul Cikgu Rokiah ni” fikir aku di dalam hati.
Aku angkat tangan. Bangga. Perasaan riak melanda diri. Kini aku setanding dengan rakan-rakan sekelas.
“Ramai yang angkat tangan. OK. Berikan saya 3 huruf selepas huruf D”
“E, F, G!!” sahut rakan-rakan sekelas
“Bagus! Lepas L?” Cikgu Jenab bertanya lagi.
“M, N, O!” sahut mereka lagi
Aku menjeling mereka, seakan tidak percaya mereka sebaya dengan aku. Pandai sangat diorang ni!
“OK. Cikgu nak tanya nombor pula” aku senyum. Keyakinan diri meningkat.
“Bagi saya 3 nombor selepas nombor 1”
“2, 3, 4!”
“5?”
“6, 7, 8”
“Bagus! 10?”
“......”
“10?” ulang Cikgu Nur Kamelia lagi
Dengan bangganya aku mengangkat tangan. Berdiri dengan muka yang sangat gah dan dengan senyuman lebar diraut wajah. Aku menjawab.
“Jack, Queen, King cikgu!”
Cikgu aku nerd!
23.3.11
15.3.11
:Kerjaku:
“Bos, ada apa-apa update tak?”
“Ha, itu lah saya nak cerita ni. Semalam saya jumpa captain dalam pukul 8 malam”
Captain yang dimaksudkan bukanlah seorang ahli tentera udara mahupun darat apatah lagi tentera laut. Beliau bukan juga seorang ahli bomba atau ahli Kadet Remaja Sekolah. Jika difikirkan, tidak mungkin beliau mendapat gelaran ini dari Pusat Latihan Khidmat Negara oleh kerana usia beliau yang agak matang.
Kembali pada kisah di atas.
Atas sangat tu.. bawah sikit.. sikit lagi..
Ha.. OK.. yang tu!
Ramai orang pakai OK dalam perbualan. Yes, perkataan ni memang wujud. Ejaan sebenarnya adalah Okay tetapi OK atau O.K. juga boleh diterima pakai. In English, okay also can be use as a noun and verb. Contohnya: The boss okayed the purchase. Chewah!
Bos sambung cerita
“Captain tu tanya la saya nak makan apa?”
“Bos jawab la, saya nak makan malam!”
“Hahahahahah” sambil tepuk meja aku ketawa….. seorang diri. Malu.
“So, bos jawab apa?” kembali serius menjaga kemaluan sendiri
“Memandangkan saya jumpa dia pukul 8, saya pun jawab la saya nak makan malam” sambil senyum sinis
Evil sungguh senyum itu. Terasa kecil diri ini. Aku tengok bos pun kecik besar kecik besar jer masa tu.
“Captain cakap dia tak lapar sangat so dia nak order ala carte je”
“Rugi la macam tu, bos meeting tu kat hotel kan?”
“A’ah. Saya pun fikir macam tu. So saya cakap lah saya nak makan buffet sebab mesti dia yang bayar nanti”
“Saya pun bangun la ambil makanan. Penuh jugak la pinggan tu. Nasi berlauk dengan satay”
“Captain tu order apa?!” melayanperasaan ingin tahu cerita bos aku
“Mula-mula tu saya tak tau sebab dia order masa saya pergi ambil nasi”
“Owh” aku sampuk ringkas
“Dah la satay tu sejuk. Keras pulak. Sabar jer la”
Masa ni aku dah senyum dalam hati. Lebar jugak la.
“Eh! Ok la. Saya ada meeting ni, kalau ada apa-apa text je k”
Bos pun berlalu pergi. Sampai sudah aku tak dapat updated news tentang kerja aku. Sabar je la.
Bos aku ranggi

“Captain tu order apa?!” melayan

Subscribe to:
Comments (Atom)