1.2.11

:Drama:

Sedar atau tidak, hidup kita sebagai manusia memang penuh dengan drama. Toleh kanan, kita nampak peminta sedekah tengah turun teksi, toleh kiri, orang ramai tengah tolong abang polis traffic, kaki dia terseliuh sebab silap langkah masa turun motor. Toleh belakang, nampak orang tengah marah teksi yang bawak peminta sedekah tadi sebab dia tak nak berhenti, tengok depan nampak isteri tengah marah sebab duk toleh kiri, kanan dan belakang masa dia bercakap.

Kali ini aku nak cerita pasal salah satu drama dalam hidup aku.

***

Semalam, aku terjaga pada lebih kurang pukul 3 pagi. Lampu bilik terpasang. Sambil memandang ke siling bilik. Aku mula berfikir, betul ke aku tak tutup lampu tadi? Apsal anjing menyalak pagi-pagi buta ni? Hari ni hari apa? Apa benda bergerak tu? Owh.. cicak rupanya. Tido balik.

Pukul 3.30 pagi. Loceng jam loceng berbunyi seperi loceng pak cik aiskrim Magnolia yang sedang digoncang semasa memusing kampung menjual aiskrim dengan motor. Terkejut. Dengan mata separuh terbuka, memandang ke siling. Siapa set alarm jam ni? Rosak ke? Apsal aku tak padam lampu tadi? Apa benda kat siling tu? Owh.. cicak tadi. Tido balik. Habis.

Ok. Ok. Aku tau aku tiada bakat.

No comments: