14.2.11

:Untungnya Badan:

Sedang aku menonton Junior Masterchef. Phone aku berbunyi dengan ringtone Confession – Part 2 nyanyian Usher. Aku angkat.

Hello?
Helloo!
Oh, Hi, Ika! How are you?
I’m fine thanks. How about you?
I’m fine. It’s been a while la.. Miss you!
Ermm.. Miss you too. That’s the reason why I’m calling you right now.
Haha.. So what’s new?
Nothing much. Busy with the after party. Hehe
Damn.
Well. It’s part of my so-called job. Haha.
Unfortunately it’s true.
Yup! Lucky me. Haha. Anyway, got to go now.
Owh ok. Same here. Actually I’m with my wife now.
Owh ok. Sorry. I’ll call you some other time k. Let me know when your wife gotta go for outstation ya.
I will. I will.
Ok. Keep in touch
Ok. Bye!
Muah

Fuhh.. Nasib baik perbualan tersebut dapat ditamatkan tanpa pengetahuan si isteri.

Ini lah Ika

1.2.11

:Drama:

Sedar atau tidak, hidup kita sebagai manusia memang penuh dengan drama. Toleh kanan, kita nampak peminta sedekah tengah turun teksi, toleh kiri, orang ramai tengah tolong abang polis traffic, kaki dia terseliuh sebab silap langkah masa turun motor. Toleh belakang, nampak orang tengah marah teksi yang bawak peminta sedekah tadi sebab dia tak nak berhenti, tengok depan nampak isteri tengah marah sebab duk toleh kiri, kanan dan belakang masa dia bercakap.

Kali ini aku nak cerita pasal salah satu drama dalam hidup aku.

***

Semalam, aku terjaga pada lebih kurang pukul 3 pagi. Lampu bilik terpasang. Sambil memandang ke siling bilik. Aku mula berfikir, betul ke aku tak tutup lampu tadi? Apsal anjing menyalak pagi-pagi buta ni? Hari ni hari apa? Apa benda bergerak tu? Owh.. cicak rupanya. Tido balik.

Pukul 3.30 pagi. Loceng jam loceng berbunyi seperi loceng pak cik aiskrim Magnolia yang sedang digoncang semasa memusing kampung menjual aiskrim dengan motor. Terkejut. Dengan mata separuh terbuka, memandang ke siling. Siapa set alarm jam ni? Rosak ke? Apsal aku tak padam lampu tadi? Apa benda kat siling tu? Owh.. cicak tadi. Tido balik. Habis.

Ok. Ok. Aku tau aku tiada bakat.