21.6.11

:Sibuk:

Sambil menunggu rakanku tiba bersama adiknya. Setelah berfikir panjang akan keputusan yang akan dibuat, setelah menghitung segala yang perlu. Berbekalkan semangat dan azam yang kental. Aku pun melangkah ke Starbucks terdekat. Aku pun duduk di suatu sudut bertemankan Latte-ku.

The Curve. Amat sesuai nama ini dengan tempatnya. Terdapat banyak jenis “curve” untuk ditatapi. Kecik, besar, tinggi, pendek kurang tinggi, buatan tempatan mahupun luar negara. Ada yang menyesal jika tidak dipandang ada juga yang membuatkan anda menyesal terpandang kerana takut menjadi mimpi ngeri di malam hari.

Tiba-tiba, ada 2 orang perempuan yang agak menarik curvy-nya duduk di sebelah mejaku. Rancak mereka berdua berbual.

(Nama mengikut imaginasi sendiri)
Azie : Nana yang sama rumah sukan dengan kita tu..
Aza : Oooo.. Nana yang selalu lipat lengan baju tu kan? Apa cerita dia sekarang?
Azie : A’ah. Sekarang aku tak tau lah. Aku jumpa dia semalam.
Aza & Azie: Ha Ha Ha!
Aku : Ha Ha Ha! (Air yang sedang diminum sedikit tersembur)

Terdiam. Mereka menoleh kepada ku. Aku bangun. Latte ditinggalkan.