27.12.10

:Lesson 1:

Tidak kira sebaik mana perwatakan anda, seikhlas mana niat di hati. Jangan sesekali bertanya atau berkata pada seorang ibu yang mempunyai anak yang masih dahaga dan memerlukan susu badan ibunya.

“Comelnya anak awak! Ni bawak jalan-jalan ni susu dia bawak ke tak?”

Dalam nada apa sekali pun.

22.12.10

:Kucing:

Buka pintu nampak 2 ekor kucing sedang bergaduh..

“Sampai hati U buat kat I macam ni!” kata si kucing betina

“Jgn salahkan I, U yang cari pasal” balas si jantan dengan tegas

“Tapi…” belum sempat menhabiskan ayat si jantan menyampuk

“Apa tapi tapi.. benda terang lagi dibuluh”

“Bukan buluh la, SULUH. S.U.L.U.H. Suuuuluhhh” yang betina membetulkan si jantan

“Owh OK.. Sorry salah cakap” tertunduk malu

Tiba-tiba..

“Itu la U! Salah I nampak, salah sendiri buat tak tau” menaikkan suara semula

Mungkin si jantan terlupa diaorang tengah bergaduh tadi..

“U ingat I bodoh sangat ke?!” sambung si jantan

“Apa yang I dah buat? Apa salah I sebenarnya?” jawab si betina sambil menggaru-garu kepala

“U ingat I tak tau siapa U sebenarnya?!”

“Hah?!”

“Jangan buat-buat terkejut la. I dah buat survey!”

“Apa yang U cakap ni?!”

“Survey apa?”

“I dah survey dengan tuan rumah kita. U bukan perempuan!”

“Apsal U cakap macam tu? Buktikan!” jerit si betina ingin menegakkan ekor kebenaran

“I tak pernah jumpa perempuan ada misai!”

Tutup pintu.

17.12.10

:Semalam:

Aku terasa sangat nak share cerita ni dengan korang

Semalam, I call you, you tak answer (hehe… terasa nak menyanyi pulak)

OK..OK.. serious..

Semalam, seperti biasa tepat jer pukul 5 petang aku pun pulang ke rumah. Sedang aku asyik melayan lagu di radio..

Tiba-tiba..

Chop! Ini bukan cerita semalam. Lupa dah cerita dia macam mana.. confused jap..

Ermm.. OK OK.. Aku ada citer lain..

Pagi tadi, sebelum waktu pejabat bermula..

Eh, tu bukan aku ar.. itu orang lain..

Hehe.. Marah la jangan

Kadang-kadang aku memang suka..

Tak lah.. aku bukan macam tu..

Lupa lak apa aku nak share dengan korang

Lain kali lah aku cerita..

11.12.10

:ABC:

Suatu Senja…

“Ya dik, nak order apa”

“Bagi saya ABC satu”

“Bagi dua la pak cik, saya pun nak”

“Ok, adik pulak”

“Saya nak ABCDE satu”

“ABCDE?!”

“A’ah.. ABCDE”

“Ko biar betul.. Pak cik tau sampai C je”

“Semalam kawan saya datang dia kata ada. Siap promote lagi kata sini punya sedap”

“Kawan ko tu betul ke tak?”

“Betul la pak cik. Takkan saya nak memain pulak.”

“Tadi saya nampak abang kat luar tu makan”

“Yang pak cik tau ABC tu Air Batu Campur, DE tu apa plak”

“Sama la tu pak cik.. Lebih sikit jer”

“Sama?! So, ABCDE tu apa?”

Air Batu Campur Dengan Eskrem”

***
Cuba korang teka aku dapat tak apa aku order?

2.12.10

:Sepi:

Seperti hari² yang lain, aku membuat kerja dengan penuh penghayatan dan tekun..
Keadaan di dalam ofis sunyi sepi. Semua rakan sekerja pun busy. Busy buat apa aku tak tahu..
Ermm.. biarlah mereka dengan jeans biru mereka.. eh?!

Taip, taip, taip..
Toleh kiri jap.. taip lagi..

Kring! Kring!

Berhenti menaip untuk mengangkat telefon yang sedang berdering

"Hello"
"Helloooo..."

Kring! Kring!

Telefon berdering lagi.. Terkejut.. Confused..

Rupa²nya telefon yang berbunyi adalah telefon di meja lain..
Dengan muka selambe, aku sambung menaip.
Berhenti menaip, membaca semula apa yang ditaip tadi..

Tiba-tiba…

Dush!!

“Aduh, sakit kepalaku” kataku di dalam hati
(aku kalau cakap dalam hati selalunya pakai bahasa dan sebutan baku, jangan tanya kenapa!)

Dahi terasa sakit yang amat sangat.

Monitor di depan aku seperti bergoyang..
Dapat dilihat dengan mata kasar, kedudukan monitor sedikit berubah..

Dengan rasa cemas aku toleh ke kanan, tiada siapa.. (sebab aku duduk tepi skali)
Toleh kiri, rakan sekerjaku masih dengan jeans biru mereka tekun dan masih focus pada kerja masing².

Fuhh… Lega…..

Tak der siapa perasan aku tertidur tadi..

27.11.10

:Buka, insert and play:

Buka, insert and play..
Korang jangan nak mengada pikir yang bebukan.. aku tengah cakap pasal DVD k..! Bila dah play kita selalu dengar dialog ni..

"Why should we buy the Gold Disc original and not Purple Disc DVD-R?"

"Blah...blah.. blah... tuuuttuut tutuuutttuut eeeeek boom!" (Adegan filem James Bond)

...

Why shouldn't we?! Kebanyakannya semua ok jer.. gambar pun boleh tahan.. kalau tak boleh tahan pun.. boleh tukar..

So, apa ada hal..

23.11.10

:Kenapakah:

Kenapa kita slalu perlahankan radio bila sesat atau sedang mencari arah apabila memandu ek?

[Sekali-sekala kompius gak aku dgn soalan mcm ni.. ]

:Wow:

Wow..
Tak sampai setahun
Apa nak post aku dah susun
Yang Ori
Yang "Local" :
Semua ada..

Apa yang terfikir
Apa yang menarik
Apa yang dianggap berbaloi untuk di kongsi

Harap-harap
Hasrat kali ni
Betul-betul menjadi
Dalam bab macam ni
Aku tak nak jadi
"Melayu Sejati"
Jangan terasa.. jangan kecil hati ya :D



7.8.10

:Kembali:

Orang lain buat blog aku pun nak buat. orang lain post tiap-tiap hari aku post setahun skali :)
2 years this blog telah diabaikan.. Maybe... just maybe this time around it won't be the same..


Selepas berlalu 2 raya
"Sekali-Sekala" macam tu juga
Dah nak masuk raya ke-3
Terpikir nak jadi active blogger, konon-nya

Tak tahu mana nak mula
Terlalu banyak cerita
Pasal keluarga, kawan-kawan atau kerja
Tak masuk lagi pasal diri sendiri
Apa yang selalu bermain di hati
Apa yang terasa nak luah kat sini

Yang penting ingati selalu
Benda-benda yang telah berlalu
Tak perlu tulis satu-persatu
Asal tersemat di dalam kalbu
Asal terpahat di dalam hati
Supaya senang diingati
Ranjau yang direntangi, lautan yang direnangi
Gelak tawa semasa merai, airmata yg menghujani
Kejadian yang terjadi
Keputusan yang diputuskan
Segala sorry atas kesilapan
Segala benda-lah untuk singkatan :

Sampai sudah tiada idea
Nak tulis pasal apa
Mungkin lain kali sahaja
Akan difikirkan semula
At least ada post baru kan??
Atau...
Mungkin terus dilupakan
Next post? tahun depan? :)